Hack facebook , google plus ,yahoo , Skype

วันจันทร์ที่ 26 มกราคม พ.ศ. 2558

Bergu wanita negara juara GP emas terbuka India

Beregu wanita negara juara GP emas terbuka India

Beregu wanita negara Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho membuktikan kehebatan apabila muncul juara Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka India di Lucknow, India.

Dalam aksi final acara beregu wanita di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das hari ini, Amelia-Soong yang diletakkan selaku pilihan keempat, melakar kejutan menerusi kemenangan 22-20, 21-15 ke atas rakan senegara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei yang juga pilihan utama kejohanan.

Selaku juara, mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$9,480 (RM34,133) manakala Vivian dan Woon meraih US$4,560 (RM16,418) sebagai naib juara, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Untuk rekod, pasangan Amelia dan Soong terkandas di pusingan kedua kejohanan yang sama tahun lepas, selepas kalah 19-21, 21-15 dan 19-21 kepada beregu India, Jwala Gutta dan Ashwini Ponnappa.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menghantar wakil dalam empat acara lain iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki dan campuran, namun pemain negara gagal meneruskan kemaraan selepas kalah kepada lawan masing-masing.

- Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น