Hack facebook , google plus ,yahoo , Skype

วันเสาร์ที่ 14 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

3 beranak maut selepas ziarah jenazah Nik Aziz

3 beranak maut selepas ziarah jenazah Nik Aziz


Tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Melawi-Tok Bali dekat Kampung Telong, Bachok petang semalam.Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Roslan Mamat, 34, dan anaknya Nur Airish Alisya, 3 bulan, manakala isteri Roslan, Mimi Suhartini Abdul Ghani, 38, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.Kejadian dilapor berlaku kira-kira jam 2.50 petang itu apablia mereka dalam perjalanan pulang ke Bukit Payong, Terengganu selepas menziarah jenazah Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di Kota Bharu.Sementara tiga lagi anak pasangan itu iaitu Nur Dina Qistina, 12, Mohammad Zarfan Daniel, 10, dan Mohammad Zakuan Danish, 6, serta ibu saudara mereka, Sakiah Mamat, 50, dilaporkan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata MPV jenis Perodua Alza yang dinaiki kesemua mangsa yang datang dari arah Melawi menuju Tok Bali dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux itu."Ia menyebabkan bayi dan bapanya tercampak keluar dari kenderaan mereka sejauh lima meter dan mengalami kecederaan serius sebelum meninggal dunia di tempat kejadian."Sementara Mimi Suhartini dan kakak iparnya Sakiah cedera parah dan dibawa ke HRPZII untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun Mimi Suhartini meninggal dunia di hospital," katanya.Abdul Hamid berkata jenazah Roslan dan bayinya telah dihantar ke HUSM Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga mereka.Pemandu serta seorang penumpang pacuan empat roda itu dilapor hanya mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis, katanya.Sementara itu, bapa Mimi Suhartini, Ghani Ali, 71, berkata pemergian anak kedua daripada lapan beradik itu sangat mengejutkan."Pagi tadi Mimi ada menghubungi saya memaklumkan dia bersama keluarga nak menziarahi jenazah Allahyarham Tok Guru di Pulau Melaka. Saya juga sempat bertanya keadaan pengebumian Tok Guru."Saya kini sangat risau memikirkan keadaan cucu saya yang kehilangan kedua ibu bapa mereka," katanya ketika ditemui di HRPZII.- Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น