Hack facebook , google plus ,yahoo , Skype

วันอาทิตย์ที่ 8 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

'Pindahlah, k'jaan dah belanja jutaan RM'

'Pindahlah, k'jaan dah belanja jutaan RM'


Kerajaan terus merayu peniaga pasar Keramat di ibu negara berpindah ke tempat baru yang disediakan.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tempat itu lebih baik dan jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk penyediaannya.“Selepas berbincang dengan mereka (peniaga Pasar Keramat), mereka tak mahu pasar yang moden. Mereka mahu pasar yang seperti sedia ada.“Kita telah belanja duit untuk bangunkan pasar (baru) dan beri seperti apa yang dikehendaki,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Komuniti Ceria di Kuala Lumpur hari ini.Sebelum ini, Bernama melaporkan ada sebahagian peniaga Pasar Keramat enggan berpindah kerana ada dalang menghasut bahawa Keramat Mall kurang pengunjung.Tengku Adnan semalam mendakwa terdapat 'dalang' mengambil kesempatan meracuni pemikiran peniaga Pasar Keramat agar tidak berpindah ke kompleks perniagaan Keramat Mall.Beliau mendakwa dalang itu yang turut terdiri daripada peniaga sendiri cuba menimbulkan kebencian dengan dakwaan tempat itu tiada sambutan pengunjung.Khamis lepas, 320 peniaga Pasar Keramat membuat bantahan enggan berpindah dam merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan menyelesaikan kemelut itu.Mereka mewarisi perniagaan di Pasar Keramat sejak 38 tahun lalu dan majoritinya kaum Melayu.'Bimbang kencing tikus'Tengku Adnan hari ini berkata pasar hampir 40 tahun itu tidak sesuai lagi digunakan kerana menjadi pusat pembiakan tikus.Selain itu, katanya, terdapat jgua peniaga mempunyai gerai lebih daripada satu dan ada juga yang menyewakannya kepada warga asing.“Bila resionalisasi diadakan oleh pihak kementerian, ada peniaga yang mempunyai tiga, empat gerai (malah ada) sampai lapan gerai pun ada,” katanya.“Kita juga tahu ada yang sewakan pada orang asing. Kita akan ambil tindakan, tempat itu jadi sumber pembiakan tikus, saya dah pergi beberapa kali.“Saya risau kalau ada yang dijangkiti kencing tikus.Tengku Adnan menegaskan hasratnya untuk menyediakan pasar moden di Wilayah Persekutuan.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น