Mahfuz cadang ada PC bersama Sirul Isnin ini
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan mengadakan sidang media melalui telefon bersama bekas anggota polis Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia.Sirul didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.MP Pokok Sena itu berkata sidang media akan berlangsung selama 15 minit bermula jam 11.30 pagi di ibu pejabat parti itu dengan menggunakan pembesar suara dan media dijemput menghadirinya.
"Saya akan buat satu lagi sidang media berkenaan Sirul. Sirul juga telah bersetuju untuk saya menelefon (guna loudspeaker) dan telesidang dengan Sirul dan semua pihak media di sini. Hari Isnin 23 Februari 11.30 pagi."Beliau sedia dan bersetuju untuk semua media kerana katanya tidak adil untuk satu dua media yang menghubungi beliau. Saya akan atur dan dia setuju," katanya dalam sidang medianya hari ini.Sementara itu, Mahfuz turut menyindir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai "demam dan perlu berjumpa doktor" selepas mempersoal mengapa Sirul "baru membuka mulut sekarang" berhubung kes tersebut.Pada Rabu lalu, Khalid berkata pihaknya belum merancang membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya sehingga Sirul yang didapati bersalah, mendedahkan maklumat baru.“Dia tak boleh respon begitu bila Sirul mengemukakan dakwaan sedemikian rupa, kenapa dulu tak bagi tahu? Eh, itu proses perbicaraan takkan kamu tak ikuti itu proses perbicaraan,” katanya yang kemudiannya diiringi ketawa kecil.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น