Hack facebook , google plus ,yahoo , Skype

วันศุกร์ที่ 20 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Musa Hasan: Sirul mesti dedahkan dahulu

Musa Hasan: Sirul mesti dedahkan dahulu


Sirul Azhar Umar harus mendedahkan apa yang diketahuinya terlebih dahulu sebelum siasatan dapat dibuat, kata bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan.
“Polis tidak dapat menyiasatnya jika dia hanya ancam mahu lakukan perkara itu. Nampaknya seperti beliau hanya hendak cakap, tetapi tidak cakap,” katanya kepada Malaysiakini.Bagaimanapun, Musa berkata Sirul harus mendedahkan dia bertindak atas arahan siapa dan siapa yang didakwanya mempunyai motif untuk membunuh Altantuya Shaariibuu.Katanya jika bekas polis itu mendedahkan nama pihak itu, siasatan harus dimulakan.“Jika terdapat bukti baru, polis mesti menyiasat. Mungkin beliau patut balik (dari Australia) dan bantu polis,” katanya.Musa berkata beliau setuju dengan ketua polis negara sekarang Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis memerlukan alasan cukup untuk memulakan siasatan.[Baca berita asal]

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น