Jokowi bawa isu sempadan, tenaga kerja
Ketua misi Indonesia di Malaysia berkata, presidennya Joko Widodo akan antara lainnya akan menumpukan isu ekonomi dan kawalan sempadan dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, perbincangan berkenaan juga akan menumpukan kepada usaha untuk memudahkan urusan penghantaran tenaga kerja ke Malaysia.
“Isu lebih kepada (cara) meningkatkan kegiatan ekonomi, ada isu yang mendapat perhatian bersama mengenai warga asing, sempadan. Tiga isu ini akan menjadi fokus,” katanya ketika dihubungi MalaysiakiniJelasnya, rundingan pembatasan maritim antara Malaysia dan Indonesia itu melibatkan Selat Melaka, Laut Sulawesi and Laut China Selatan.Tambahnya lagi, oleh kerana ini kunjungan pertama selepas Joko Widodo menjadi Presiden, isu tersebut akan dibincangkan namun tidak akan dibahas secara terperinci.Katanya lagi, Jokowi akan turut melawat kilang Proton di Shah Alam bagi merealisasikan rancangan republik itu untuk mengeluarkan kereta berdasarkan teknologi syarikat Malaysia itu.
Hermono yang menjawat jawatan tersebut sejak November 2013 mengharapkan kunjungan Jokowi dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih baik serta masalah berbangkit dapat diselesaikan.Presiden Indonesia, Joko Widodo tiba di Kuala Lumpur petang ini bagi memulakan lawatan tiga harinya ke Malaysia hari ini untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara.Sebaik tiba, Joko Widodo dan isteri, Iriana Joko Widodo serta beberapa menteri Kabinet dan pegawai kanan Indonesia disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Kunjungan itu dilihat penting ketika timbul isu yang menguji hubungan kedua-dua negara.Post by Malaysiakini (BM Version).
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น