Hack facebook , google plus ,yahoo , Skype

วันอังคารที่ 17 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Tawaran TPM: DAP, PAS tak tahu

Tawaran TPM: DAP, PAS tak tahu


PKR mengesahkan terdapat tawaran timbalan perdana menteri dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bagaimanapun apa yang keluar daripada mulut sekutu mereka, DAP dan PAS, nyata berbeza sama sekali.Ketika dihubungi Malaysiakini, Penasihat DAP Lim Kit Siang hanya berkata "tiada komen".Manakala Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai pula berkata, beliau "tidak pasti" berhubung isu berkenaan.
Sementara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, beliau tidak tahu tentang perkara tersebut."Saya benar-benar tak tahu tentang perkara itu," katanya.Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam sidang medianya hari ini mengesahkan terdapat tawaran kerusi timbalan perdana menteri yang dibuat kepada Anwar selepas pilihan raya umum lalu.Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata pakej itu termasuk empat jawatan menteri kepada pemimpin Pakatan Rakyat.Beliau bagaimanapun berkata ia bukan “tawaran asli” kerana hanya bertujuan menguji sama ada Anwar, ketua umum PKR, akan menerimanya.[Baca berita asal]

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น