'Kembalikan royalti jika ikhlas sanjung Nik Aziz'
PAS hari ini menggesa kerajaan pusat mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan sebagai menunjukkan tanda "keikhlasan" pemimpin BN menyanjungi ketokohan dan kehebatan bekas menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar berkata pemimpin besar PAS itu sebelum ini gigih memperjuangkan hak rakyat khususnya menuntut agar royalti itu dikembali.
Katanya, ini ditunjukkan apabila Nik Aziz hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 untuk memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas."Alangkah lebih baik sekiranya PM Datuk Seri Najib menunaikan hak yang dituntut oleh rakyat Kelantan iaitu royalti minyak," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini."Hasrat Almarhum Tuan Guru perlulah diterjemahkan oleh kerajaan Malaysia melalui Petronas dengan berlaku jujur dan berani dalam melaksanakan janji yang telah termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 iaitu membayar tuntutan Royalti Minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan," kata beliau lagi.Selain itu Mahfuz yang juga MP Pokok Sena turut berharap perasaan simpati dan sanjungan terhadap mursyidul am PAS itu yang diberikan bukan satu kepura-puraan oleh pemimpin BN.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น