Lelaki amuk lepas gunting rambut RM180
Seorang lelaki mengamuk di kedai gunting rambut di Connecticut, Amerika Syarikat sejurus diberitahu dia dikenakan bayaran US$50 (RM180).Polis Stamford berkata Alan Becker menendang dinding kedai sehingga berlubang, bertindak berang pada kakitangan dan pelanggan, dan mencampakkan barangan di kedai itu.Memetik agensi berita Associated Press, Becker dilaporkan kembali ke kedai tersebut untuk "membetulkan" potongan rambutnya tetapi tidak dilayan.Menurut portal Huffington Post semalam, polis kemudian menahan lelaki 47 tahun itu di rumahnya di Stamford.Kejadian Rabu lalu mengheretnya ke mahkamah atas kesalahan khianat dan mengganggu ketenteraman.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น