Hack facebook , google plus ,yahoo , Skype

วันอังคารที่ 17 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

PKR: Anwar dipenjara supaya Pakatan hancur

PKR: Anwar dipenjara supaya Pakatan hancur


Naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa tindakan kerajaan memenjarakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lainnya bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.Beliau yang juga MP Pandan mendakwa, ia juga bagi memudarkan ingatan rakyat pada ketua umum partinya itu.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan PKR bergolak dan menghadapi krisis dalam, dan seterusnya mengurangkan serangan Pakatan dalam isu salah guna kuasa dan rasuah.“Jika keempat-empat matlamat ini dicapai, maka agenda pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh lawan politik beliau telah berjaya dan Umno/BN akan terus berkuasa,” katanya.Dalam kenyataan itu, Rafizi berkata beliau yakin bahawa masyarakat awam sedar dengan perkembangan itu.“Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang cintakan kebebasan dan keadilan di negara ini untuk menggembleng tenaga memastikan keempat-empat matlamat itu tidak tercapai,” katanya.Katanya, PKR dan Pakatan perlu mengukuhkan muafatan untuk menewaskan parti lawannya itu, dan terus membela Anwar.PKR dan Pakatan juga perlu terus mengingatkan mengenai dakwaan kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar dan “mengasak” Umno dan BN, katanya.Anwar sebelum ini tetap dengan pendiriannya bahawa tuduhan yang dihadapinya direka-reka oleh musuh politiknya, walau dinafikan kerajaan.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น